Cara Install SSL Certificates Lets Encrypt (https)

Mempunyai ssl untuk website sekarang ini adalah kewajiban terutamanya website yang menjalankan perniagaan e-commerce. Dengan adanya SSL ini, keselamatan website dapat ditingkatkan dan kecurian data boleh dielakkan.

Ikuti tutorial ini untuk mengetahui bagaimana cara untuk memasang SSL pada website anda.

Cara Install SSL

    1. Login ke dalam Direct Admin
    2. Pergi ke bahagian Account Manager. Cari SSL Certificates  dan klik.
    3. Tick pada Get automatic certificate from ACME provider
    4. Tick pada Wildcard
    5. Klik Save
    6. Tick juga pada Force SSL with https redirect dan Save sekali lagi. Lihat gambar di bawah untuk lebih faham
    7. Selesai

Setelah selesai anda perlu menunggu sedikit masa sehinggalah SSL berjaya dipasangkan. Anda boleh refresh website dari masa ke semasa untuk pastikan SSL sudah dipasang.

Selain itu, anda juga akan dapat mesej notifikasi di hosting anda mengatakan sama ada SSL (Let’s Encrypt) berjaya dipasang atau pun tidak.

Selamat Berjaya!

Cara Create Sub-Domain

Jika anda berhasrat untuk tidak mempunyai banyak domain, maka anda boleh menggunakan sub-domain untuk website-website anda yang lain. Caranya sangat mudah!

Anda boleh menggunakan sub-domain seberapa banyak yang anda mahu.

Berikut adalah cara untuk create sub domain di dalam hosting anda

    1. Login ke dalam Direct Admin
    2. Pergi ke bahagian Account Manager dan cari Subdomain Management
    3. Klik pada butang ADD SUBDOMAIN
    4. Masukkan nama subdomain yang anda mahu, pilih default dan klik pada button ADD SUBDOMAIN
    5. Selesai

Dengan create subdomain ini anda bolehla install website atau wordpress ke dalam hosting anda

Semoga berjaya!

Cara Tambah Domain Di Dalam DirectAdmin

Jika anda mempunyai banyak domain di dalam hosting, maka anda boleh hanya tambahnya ke dalam hosting dengan hanya beberapa langkah sahaja, Ikuti cara bagaimana untuk tambah domain ke dalam hosting dan mula bina website anda!

Note: bilangan add-on domain bergantung kepada pakej yang anda ambil

    1. Masuk ke dalam Control Panel Cari Domain Setup
    2. Klik Add New
    3. Masukkan nama domain tanpa https://www. Contoh seperti di bawah
    4. Klik Create dan selesai.

Dengan ini, anda bolehlah install website atau wordpress pada domain anda! Semoga berjaya!