Cara Create Email Untuk Bisnes

Jika anda sudah pun membeli domain dan juga hosting, kemudian anda ingin create email menggunakan domain tersebut caranya sangat mudah. Hanya beberapa minit sahaja anda sudah boleh mempunyai email sendiri.

Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah;

1. Login ke Control Panel DirectAdmin. Cek email ‘Account Information’ ada disertakan urlnya.

2. Pergi ke bahagian E-Mail Manager dan klik pada E-Mail Account

3. Klik butang Create Account
4.  Masukkan detail seperti username, password, e-mail quota (MB). Email quota adalah limit 10GB untuk setiap email. Jika anda inginkan 10GB, masukkan 10,000. Kemudian klik butang Create Account

5.  Selepas akaun e-mail dah created, anda klik pada Enable DKIM.

6. Selesai. E-Mail anda sekarang dah boleh digunakan.

Cara Masuk Ke Dalam Email

1. Pergi ke url *domainanda.com/webmail (gantikan dengan nama domain anda)

2. Login menggunakan email dan password yang telah anda masukkan tadi

3. Selesai. Anda boleh cuba hantar email kepada sesiapa dulu.

Semoga bermanfaat